Thursday, January 5, 2012

Happy 2012!!

Selamat Tahun Baru buat semua kawan2 dimana jua berada..semoga tahun ini akan lebih bahagia dan berjaya..InsyaAllah..

Tuesday, February 22, 2011

lagu fav ninie 2011..

yuhuu..hari ni ninie nak kongsi lagu kegemaran ninie wat masa ni..soo..ninie dah pilih 3 video klip. terjiwang lak bila dgr lagu-lagu ni..pulak tu time nak tido..huhuhu. so check it out


yang ni lagu 'ku menunggu' dari rossa..menunggu sape tu?:)





lagu 'sedetik lebih' nyanyian anuar zain teringat kan hannie pada seorang teman yang bernama nadiya..tak taulah bila dengar je lagu ni mesti teringat kan dia..:(





for sure lah lagu 'selamat tinggal' by dina ni..teringat masa hannie tgh gado dgn bf..time2 tu gak..mintak putus.tapi tak sampai satu hari..dah baik balik..pastu gado lagi..baik balik..gado lagi...hummmm camtulah rutin harian hannie ngan bf..tapi semua tu rencah nak mematang kan kita..tak tau lah..betul ke ek?;)


actually..ada lagi lagu-lagu kegemaran hannie tapi ni lah antara lagu yang yang wat hannie terjiwang cikit..hahaha.see ya!

Monday, February 21, 2011

kenali saya..

hye..actually ninie nak kongsi rahsia diri berdasarkan zodiak cancer dan bulan kelahiran ninie bulan Jun..so sesiapa yang lahir pada bulan yang sama ngan ninie check it out. tapi jgn percaya sangat tau..suke2 je ni..mmuahh :)

Cancer Yang Hangat..

Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian , Cancer sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati, memberi perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran.
 
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak – anakan , berbolak – balik , berpuak – puak , tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .


Cancer sepintas lalu...


LambangKetam
Kunci KataPerasaan; Keluarga
KekuatanPerasaan Psikik
Perlu PerbaikiRasa Batasan Realistik
Cepat Mesra DenganScorpio
Perlu Belajar DaripadaCapricorn
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaLibra
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehAries
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehGemini; Pisces
Warna KesukaanBiru; Ungu Tua; Perak
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniHitam; Biru Nila
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriEmas; Oren
Batu PermataBatu Bulan; Mutiara
LogamPerak
Bau-bauanMelati; Kayu Cendana
Hari TerbaikIsnin


perhubungan cancer...


Dalam pergaulan , orang Cancer adalah seorang yang setia. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta pula , Cancer adalah zodiak yang sentiasa hangat dan setia pada pasangannya. Demi cinta, Cancer sanggup mengorbankan apa saja . Sehingga mudah menyulitkan keadaan sebab anda juga seorang yang kuat cemburudan mengongkong. Sifat anda yang mudah sensitif sukar difahami oleh pasangan anda. Contohnya , anda mudah menangis tanpa ada sebab yang tertentu.

Seseorang yang berperibadian yang matang adalah pasangan yang ideal buat Cancer. Di sini , TAURUS (21 April – 20 Mei) dan VIRGO (22 Ogos – 22 September) merupakan pendamping yang ideal bagi Cancer. Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES (21 Mac – 20 April) dan GEMINI (21 Mei – 20 Jun) adalah kurang sesuai .
Taurus yang tenang adalah pasangan yang dicari oleh Cancer . Bersama – sama Taurus, anda akan tenteram . Sikap Taurus yang matang dan berperibadian yang kuat menjadikan anda berasa terlindung ( selamat ).

Virgo juga pasangan yang sesuai untuk Cancer . Namun demikian , Virgo cenderung menjadi dingin dan tidak romantis . Cancer perlu menunggu ungkapan cintanya ! Bersabarlah, kerana Virgo sememangnya lambat dalam soal cinta ini. Namun , Virgo juga seorang yang ‘ hangat ‘.

Seterusnya, Aries bukanlah pasangan yang tepat buat anda . Aries gemar berleter, padahal Cancer adalah seorang yang sangat sensitif. Kalau Aries suka berteman dan mudah berkumpul dengan teman – temannya ; Cancer pula adalah sebaliknya.
Dengan Gemini yang mudah bosan dan berubah – ubah sifatnya , juga menjadikan hubungan Cancer dengan Gemini kurang sesuai . Cancer mudah kesal lantaran Gemini tidak memperlihatkan sifat tetap yang anda perlukan .

kerjaya dan kewangan..
Dari segi kerjaya , orang Cancer memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu memulakan bisnes (perniagaan) secara bersendirian . Dengan yang demikian , Cancer memang patuh pada ketuanya atau majikannya di tempat kerja. Pada Cancer , dalam dunia kerjaya anda mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan menjadi ketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi ‘panglima perang'. Cancer gemar bekerja dengan anak – anak , sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi. Dari segi kewangan , Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan keluarga . Walau pun ianya bukan milik keluarga sendiri , tetapi anda akan berusaha menimbulkan suasana kekeluragaan di tempat kerja. Contoh sumber kewangan yang mudah diperolehi Cancer ialah dalam perniagaan yang berbentuk hotel, restoran , kelab malam atau urusan jual beli tanah . Untuk memantapkan pegangan kewangan , Cancer perlu memperbaiki diri , misalnya mengurangi rasa murung , dan meningkatkan kestabilan dan kemantapan .

cancer..keluarga dan rumahtangga
Dalam soal rumah tangga kejayaan Cancer lebih menyerlah . Persekitaran rumah dan keluarga yang diciptanya merupakan kerja seni yang diserlahkan . Cancer rapat dengan keluarga , sanak saudara , dan terutama ibunya. Cancer sayangkan keluarganya dan terikat erat hingga ke akhir hayatnya. Cancer sayangkan kanak – kanak dan sedia memberikan mereka keperluan . Sebagai ibu atau bapa , Cancer segera memaafkan kesalahan anak – anaknya atau saudara mara, sesuai dengan ungkapan “ Walau apa pun terjadi , anda atau dia adalah keluarga kita “ . Mempertahankan institusi kekeluargaan merupakan sebab utama mengapa Cancer terus hidup. Anda mempunyai banyak perkara untuk diajar kepada orang lain . Lantaran berorentasi keluarga , rumah tangga Cancer sentiasa bersih , tersusun dan menyenangkan. Anda menyukai perabot dan langsir ciptaan baru dan lama.

(sumber:rahsia diri anda berdasarkan zodiak http://www.angelfire.com/) tq..krn berkongsi maklumat..:)

dan yang ini mengikut sumber kajian selama 25 tahun daripada Datuk Dr Fadzilah Kamsah...
                 
                     JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera alasan suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lamabt sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya
sooo..jgn malu-malu yer nak kenal ngan ninie..wink